Wednesday 1 June 2011

PIAGAM PELANGGAN

Kami Staf  SJK(C) TAH KANG  Dengan Penuh Azam  Dan Ikhlas  Berikrar  Akan :-
MURID
Memastikan kebajikan dan keselamatan murid diutamakan.
Memastikan murid mendapat pengajaran dan pembelajaran mengikut jadual waktu yang ditetapkan.
Memastikan semua kerja murid akan disemak dengan teliti dalam jangka masa dua 2 hari selepas diberi.
GURU & STAF.
Memastikan pengagihan waktu mengajar yang seimbang mengikut opsyen.
Mempastikan setiap staf dan guru mendapat peluang latihan untuk meningkatkan kemahiran sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Mempastikan guru-guru dan staf sokongan yang baru bertugas menerima gaji dalam tempoh tiga bulan.Memastikan agihan tugas diberi secara adil dan seimbang.

IBUBAPA & PELAWAT
Mempastikan ibubapa dan pihak yang berurusan dengan kami dilayan dengan mesra, cepat dan memuaskan hati.
Memastikan segala aduan daripada ibubapa / penjaga akan mendapat perhatian dan tindakan segera.
Memastikan kad kemajuan murid diberikan tiga minggu selepas peperiksaan.

STAKEHOLDER
Memastikan laporan dihantar ke Kementerian, JPN dan PPD sebelum atau mengikut masa yang ditetapkan.
Memastikan segala urusan surat-menyurat dengan PPD, JPN atau Kementerian berbalas dalam tempoh 7 hari.

No comments:

Post a Comment